Showing posts with label ~ILMU~. Show all posts
Showing posts with label ~ILMU~. Show all posts

Thursday, 29 March 2012

~AL ASMAA'UL HUSNA~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Allah SWT mempunyai asmaa'ul husna(nama-nama yang indah) maka bermohonlah kepada Nya dengan menyebut asmaa'ul husna.(Surah Al-A'raf 180)

Sesungguhnya disebalik setiap nama dalam asmaa'ul husna terdapat keistemewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah SWT akan memakbulkan keinginan seorang hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut.
Dengarkan lah....dan hayatilah..semoga kehidupan kalian diberkati

Wednesday, 28 March 2012

~AL-TAKATHUR~ -102- Bermegah-Megah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1.       Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

2.       Sehingga kamu masuk kubur.

3.       Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

4.       Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

5.       Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

6.       (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

7.       Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

8.       Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Tuesday, 27 March 2012

~JENIS – JENIS CINTA~


Begitu banyak peluang yang ALLAH SWT berikan, yang Rasulullah SAW tunjukkan, untuk menjadi mulia dengan cinta. Bukan menjadi terhina dan terpuruk, kerananya. Semoga hadis-hadis cinta ini bisa mengantarkan kita untuk sedikit demi sedikit memahami cinta yang menyelamatkan. Cinta yang menerbangkan kita ke syurgaNya, insyaALLAH.

CINTA YANG MEMBERIKAN CAHAYA
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba ALLAH itu ada satu golongan, mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada', tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka, tempat mereka di sisi ALLAH SWT. Kata para sahabat: “Khabarkan kepada kami siapa mereka?” Rasulullah SAW bersabda: “Mereka adalah satu kaum yang saling mencintai kerana ALLAH, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi ALLAH, di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut, mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih, mereka tidak bersedih. Dan mereka berkata, sesungguhnya wali-wali ALLAH tidak takut dan tidak sedih.” – HR Abu Daud.

CINTA YANG MENGGUGURKAN DOSA
“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di laut.” - HR Tabrani.

CINTA YANG MEMBERIKAN KETEDUHAN
“Sesungguhnya ALLAH SWT pada hari kiamat berfirman: “Di manakah orang yang cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” - HR Muslim.

CINTA YANG BERBALAS CINTA
“ALLAH SWT berfirman: “Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.” – Hadis Qudsi.

KERANA CINTA, DICINTAINYA
“Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu ALLAH SWT mengutus malaikat untuk mengekorinya. Tatkala malaikat menemaninya, malaikat berkata: “Kamu mahu ke mana?”Ia menjawab: “Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini.”Malaikat terus bertanya: “Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu?”Ia menjawab: “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana ALLAH SWT.”Malaikat berkata: “Sesungguhnya aku diutus ALLAH kepadamu, bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut keranaNya.” - HR Muslim.

TIGA CINTA YANG MANIS
“Tiga perkara, yang barangsiapa memilikinya, ia dapat merasai manisnya iman, iaitu cinta kepada ALLAH dan Rasul melebihi cintanya kepada selain kedua-duanya, cinta kepada seseorang kerana ALLAH dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakan ke dalam api neraka.” - HR Bukhari dan Muslim.

Dipetik daripada: La Tahzan.

Sunday, 11 December 2011

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan


Sharing…

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan
Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati
dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah
beliau..


Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan
dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik
utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana
memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa

sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan
tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum
solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung
tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya.
Islam itu syumul (menyeluruh).