Thursday 29 March 2012

~ Manusia hari ini suka bersangka-sangka ~


 Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk 

 Orang beribadah disangka riak

   Orang yang relax disangka malas

        Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

       Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

          Orang makan banyak disangka pelahap

   Orang makan sikit disangka diet 

 Orang baik disangka buruk

 Orang buruk disangka baik

     Orang senyum disangka mengejek

   Orang masam disangka merajuk

     Orang bermuzakarah disangka mengumpat

   Orang diam disangka menyendiri

   Orang menawan disangka pakai susuk

    Orang nampak ceria disangka membela

.........

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

      mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

         mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

        mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

       mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya


       Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah

     seperti musnah nya kayu dimakan api..

        Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita  buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

0 comments:

Post a Comment