Thursday 29 March 2012

~ MENJAGA KEBERSIHAN HATI ~

HATI manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih, jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistema komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak.

Di dalam Al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati dengan pelbaga
istilah. Melalui ayat-ayat itu juga diterangkan, hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah Subhanahu Wataala.

Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara.

Pertama, seseorang itu menjaga lisan atau lidahnya jauh daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

Kedua, dia menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.

....bersambung

0 comments:

Post a Comment